Before you judge, listen.
Before you listen, see.
There are always two sides of every story.♥

Sunday, July 17, 2011

kian rapoh ~ ='(

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak,

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk awak pilih. Padahal awak begitu tahu, saya hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna. Kerananya juga saya ingin awak tahu, saya bukan wanita yang sempurna, saya begitu banyak kekurangan. Maka Maafkanlah saya -,-

Kepada yang akan memilihku kelak,

saya tak sebijak wanita lain sebab itu saya nak awak tahu, saya boleh saja berbuat salah . Maka saya mohon pada awak, bijaklah dalam menghadapi saya, jangan marahi saya dengan kata kata kesat, nasihati saya dengan hikmah, kerana bagi saya awaklah pemimpin, tak akan berani saya membangkang.

Duhai awak yang telah memilih saya,

Ingatlah, tak selamanya saya tampak cantik di mata awak, ada kalanya saya akan begitu kusam dan buruk . Mungkin kerana saya begitu sibuk menyiapkan makan untuk awak nanti maka saya akan tampak kotor dan berbau asap. Atau kerana seharian saya harus melindungi istana kecil kita, agar awak dapat tinggal dengan nyaman dan sihat. Mungkin saya tak sempat berdandan untuk menyambut awak apabila pulang dari kerja. Jadi jika esok pagi awak mendapati saya begitu letih dan ada lingkaran hitam di bawah mata saya, maka tetaplah tersenyum pada saya, kerana awak adalah kekuatan saya.

Pada awak yang menjadi nahkoda dalam hidup saya,

Ketahuilah, saya taksesabar Fatimah, ada kalanya awak akan melihat saya begitu marah, menangis dan tak terkawal, bukan kerana saya ingin membangkang, tapi jauh disudut hati saya saya terlalu sayang pada awak, maka bersabarlah, yang saya perlukan hanyalah awak. Kerana bagi saya, awak adalah pelindung saya.

Pada awak yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidup saya ,

Seiring berjalannya waktu, awak akan menemukan rambut saya yang dulu hitam legam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulit saya yang bersih akan mulai berkedut. Tangan saya yang halus akan menjadi kasar. Dan awak tak akan menemukan saya sebagai wanita cantik, yang awak jumpa puluhan tahun yang lalu. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan mata awak lagi. Maka jangan pernah berpaling dari saya , awak. Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah iaitu rasa cinta saya pada awak.

Ketahuilah awak, Setiap hari, setiap jam, minit dan terdetiknya jantung saya ini, telah saya lalui dengan selalu jatuh cinta pada awak. Maka, cintailah saya dengan apa adanya saya. Jangan berharap saya menjadi wanita sempurna. Maafkan saya kerana saya bukan puteri dari dunia kayangan tapi saya hanya wanita biasa :'(

p/s: copyrightnursadrina.blogspot.com.my (ina, akak copy yer .... ;) )

2 comments: